Polis masih belum mendedahkan nama syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja pengorekan berhampiran paip gas terbakar di Putra Heights, Selasa lalu, kerana siasatan kini tertumpu sepenuhnya kepada lokasi kejadian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih di peringkat awal dan tumpuan utama adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian atau unsur jenayah dalam insiden tersebut.
- Anggota tentera mengaku tak bersalah tumbuk pemandu wanita walaupun video kejadian tular
- Penggambaran Thunderbolts di Kuala Lumpur: Aksi Terjun dari Merdeka 118 Curi Tumpuan
- Sunway Lagoon & Lost World sambut Raya Sejuta Warna!
- Segak berbaju Melayu, Trio 3 Pagi Era kembali bersiaran
- Dua pelajar Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard
“Kita tidak dedahkan nama kontraktor buat masa ini kerana fokus siasatan sekarang adalah kepada tempat kejadian dan kemungkinan sama ada kerja korek tanah itu telah mengganggu laluan paip gas atau tidak,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.
Tambah Hussein, siasatan dijalankan di bawah kertas siasatan ‘inquiry police’, yang membolehkan polis memanggil semua pihak berkaitan untuk diambil keterangan, termasuk kontraktor dan agensi teknikal yang memberi kelulusan kerja-kerja tersebut.
“Kita tidak mahu buat sebarang tuduhan awal tanpa siasatan lengkap. Kita siasat secara profesional dan sekiranya ada asas kukuh nanti, tindakan seterusnya akan diambil,” jelasnya.
The post Polis belum umum nama kontraktor, siasatan tertumpu pada lokasi kejadian appeared first on The Reporter.



