Belum Dikurnia Zuriat, Pasangan Nahas Treler Terbakar Selalu Bersama Hantar Barang

21 Jan 2023 • 12:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, pasangan suami isteri maut selepas terperangkap di dalam treler terbakar di Kilometer 259.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah Seremban.

Difahamkan, treler yang dipandu suami terbabas dan merempuh tembok penghadang jalan sebelum terbakar.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, suami, Mazlan Molot yang bekerja sebagai pemandu lori kontena menghantar barangan kitar semula sentiasa membawa isterinya, Fauziah Uyop ke mana-mana sahaja.

Ibu Mazlan, Mariam Kassim berkata, dia tahu anaknya itu sentiasa bawa isteri menemaninya menghantar barang kerana isterinya tak bekerja.

Isterinya sebelum ini menjadi pengasuh kanak-kanak, namun berhenti kerja dan sering mengikuti Mazlan menaiki treler untuk menghantar barangan.

Pasangan itu difahamkan sudah 12 tahun berumahtangga dan tak dikurniakan zuriat.

Kata si ibu lagi, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Arwah seorang yang pendiam dan tak banyak bercakap.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved