[VIDEO] 2 Individu Dipercayai Suami Isteri Maut Insiden Lori Terbakar Di Highway PLUS Pagi Tadi

Entertainment
20 Jan 2023 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial sekarang berkenaan dengan satu video tragis sebuah lori terbakar dan meletup. Video tersebut dilihat tersebar dari pelbagai sudut rakaman, difahamkan kejadian ini berlaku di Kilometer (KM) 259.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Seremban-Port Dickson.

 

Lori terbakar & rentung

Memetik laporan Sinar Harian, terdapat 2 individu berada dalam lori terbakar tersebut, dikatakan mangsa merupakan pasangan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa ialah Mazlan Molot, 48, dan Fauziah Uyop, 40-an.

image is not available

“Identiti mangsa telah pun dikenal pasti iaitu Mazlan merupakan pemandu treler manakala Fauziah ialah penumpang duduk di bahagian hadapan yang mana kedua-duanya ditemui dalam keadaan rentung keseluruhan.”

“Mereka dipercayai pasangan suami isteri namun polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai status hubungan kedua-duanya.”

image is not available

Nanda turut berkata, punca kemalangan itu berlaku daripada lori tersebut yang perjalanannya dari Klang ke arah Senawang telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong paling kanan dan merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya itu.

“Akibat pelanggaran itu lori terbabit telah terbakar menyeluruh di bahagian badan dan kepala kenderaan.”

image is not available

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa tersepit dan rentung keseluruhan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.”

Siasatan lanjut masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.