Belum Lagi Ditayangkan, Poster Filem Baharu Duyung Dikritik Nampak Murah

EntertainmentMovie
17 Dec 2025 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Filem Duyung: Legenda Aurora bakal ditayangkan pada 25 Disember nanti, mereka yang pernah menonton filem Duyung pada tahun 2008 pastinya akan rasa teruja untuk menonton filem komedi romantik fantasi itu.

Di sebalik keterujaan mahu melihat filem yang menampilkan barisan pelakon yang hebat dan tarikh tayangannya yang kian menghampiri, ramai netizen kurang berkenan apabila melihat poster filem tersebut.

Nampak murah?

image is not available

Rata-rata netizen mengecam hasil rekaan poster tersebut dan mengkritik ia sebagai kelihatan ‘murah’. Bahkan, ada juga netizen yang mengatakan ia nampak tidak realistik dengan suasana di dalam air.

Malah, ada juga menawarkan diri untuk menyunting semula gambar ini agar ia menjadi lebih baik.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Filem Duyung: Legenda Aurora menampilkan barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Anna Jobling, Saiful Apek, Yasmin Hani. Yassin Yahya, Nadia Brian dan ramai lagi.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.