“Belum puas bermanja” – Ibu Hud Aryan Banyak Menangis, Tidak Keruan Fikirkan Nasib Anak Yang Hilang

Entertainment
26 Feb 2025 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini sudah lebih 36 jam, kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga, Tanah Merah.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang petunjuk positif ditemukan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

image is not available

Situasi ini jelas menimbulkan keresahan di hati keluarganya, terutama ibu kanak-kanak ini yang masih tak keruan dan berharap agar anak tunggalnya ditemukan selamat.

Ibu Hud Aryan banyak menangis, sedih anak tunggal hilang

Dalam usaha mencari Hud Aryan, keluarga serta penduduk kampung difahamkan tidak putus-putus melakukan solat hajat di rumah dan masjid, memohon agar urusan pencarian dipermudahkan.

Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, sejak kehilangan Hud Aryan, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung berkenaan.

Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya.

image is not available

Tambahnya lagi, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.

Sehingga kini, adiknya masih tidak keruan dan banyak menangis memikirkan nasib anaknya yang hilang tanpa jejak.

Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.

“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kembali diteruskan pada 9 pagi ini dalam usaha mencari Hud Aryan yang masih hilang.

Semoga Hud Aryan dapat ditemui dengan secepat mungkin.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.