Belum Reda Isu Dedah Wajah Anak, Noh Salleh Ditegur Kongsi Nama Penuh Musa Pula

Entertainment
29 Jan 2024 • 6:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh telah tampil menafikan dakwaan dia mengarah pembantu rumah membawa lari anak angkat bersama bekas isteri, Miss Nina yang dikenali sebagai Musa.

Malah penyanyi itu menjelaskan kanak-kanak berkenaan telah diserahkan oleh ibu kandungnya untuk dijaga dengan rela hati, selain turut memaklumkan tiada sebarang unsur penculikan yang berlaku.

Muat naik gambar anak di media sosial sebelum diminta mohon maaf secara terbuka

Tidak lama kemudiannya Noh dilihat telah memuat naik hantaran memaparkan wajah anak lelakinya itu yang sebelum ini tidak pernah didedahkan oleh mana-mana pihak.

Susulan itu, ibu kandung kepada Musa telah meminta Noh untuk memohon maaf secara terbuka ekoran daripada tindakan tersebut dan meminta agar gambar itu dipadamkan dari media sosialnya kerana ia telah melanggar perjanjian yang dibuat antara mereka.

Noh kemudian tampil memohon maaf dalam satu hantaran di Instagram dan memberitahu dia tidak mengetahui mengenai perjanjian tersebut.

Selepas wajah anak, Noh dedah nama penuh Musa pula

Namun belum lagi reda mengenai isu mendedahkan wajah Musa, nama Noh sekali lagi panas selepas didakwa berkongsi nama penuh anak angkatnya di ruangan komen.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan netizen telah mempersoalkan mengenai nama kanak-kanak tersebut mengapa ia ber’bin’kan namanya.

Namun penyanyi yang berusia 39 tahun membalas komen tersebut dengan menulis nama penuh kanak-kanak itu yang tidak ber’bin’kan dirinya.

image is not available

Netizen sifatkan Noh tidak sensitif

Tindakan penyanyi itu yang mendedahkan nama anaknya di ruangan komen tersebut bagaimanapun telah mengundang perhatian ramai.

Ada juga yang mengkritik tindakan tersebut yang dikatakan kurang sensitif dan ada juga menyifatkan tindakan itu tidak matang.

“Sangat tidak matang, buat yang lebih baik”

image is not available

image is not available

Meskipun mendapat kritikan daripada netizen, namun Noh dilihat masih lagi tidak memadamkan komen tersebut.

Terdahulu, Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman juga ada memuat naik hantaran berhubung anak angkat mereka dan menjelaskan beberapa perkara yang sedang berlaku.

Mizz Nina dan Noh sebelum ini berkahwin pada Julai 2011 dan kemudian bercerai pada Ogos 2022.