Belum Sebulan, Proton e.MAS 7 Ditempah Lebih 2,500 Unit!

LocalTechnology
27 Dec 2024 • 11:20 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PRO-NET mengumumkan bahawa lebih daripada 2,500 tempahan telah diterima untuk crossover elektrik pertama Proton, e.MAS 7, yang dilancarkan awal bulan ini.

Varian dan Spesifikasi Proton e.MAS 7

image is not available

Proton e.MAS 7 hadir dalam dua pilihan varian iaitu Prime dan Premium. Kedua-duanya menggunakan bateri dengan kapasiti berbeza:

Dari segi pengecasan, kedua-dua varian menyokong input pengecasan AC sehingga 11 kW. Tetapi, varian Premium pula hadir dengan kelebihan kerana turut boleh dicas dengan pengecas pantas DC sehingga 100 kW.

Harga & Rebat Untuk Pembeli Terawal

image is not availableimage is not available

Harga Proton e.MAS 7 bermula dari RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium. Namun, Proton menawarkan rebat sebanyak RM4,000 untuk 3,000 pembeli terawal yang menjadikan harga masing-masing hanya RM105,800 dan RM119,800.

Dengan lebih 2,500 unit telah ditempah, hanya tinggal kurang daripada 500 slot lagi untuk menikmati tawaran rebat ini.

Selain rebat, pembeli terawal juga akan menerima pakej istimewa "Launch Power Pack," yang merangkumi:

Selain itu, embeli awal juga dapat menikmati jaminan lanjutan sehingga 8 tahun atau 160,000 km untuk bateri EV dan jaminan selama 6 tahun tanpa had jarak perjalanan untuk kenderaan.

Tempahan EV Proton e.MAS 7 kini boleh dibuat di 30 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web rasmi Proton.

image is not available