
Pelakon Irish Bella berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Irish menerusi perkongsian dirinya media sosial mempamerkan foto-foto pernikahan yang berlangsung pada Sabtu, 19 Oktober 2024.
Pernikahan tersebut merupakan yang kedua kalinya buat wanita berusia 28 tahun itu.
Dia sebelum ini mengalami perjalanan cinta dan rumah tangga yang berlaku dengan pelakon Ammar Zoni yang saat ini dipenjara atas kesalahan dadah.

