"Belum Terima Apa-Apa Arahan" - Peguam Ali Puteh Terang Keadaan Sebenar Tentang Bayaran 60K

16 Feb 2023 • 5:47 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Peguam yang mewakili pelawak, Ali Puteh iaitu Noorazmir Zakaria memaklumkan dia masih belum menerima arahan daripada pihak Ali dan keluarganya berhubung surat pembayaran secara ansuran kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah.

image is not available

Noorazmir ketika dihubungi berkata, dia tidak dapat mengulas mengenai surat pembayaran secara ansuran seperti dakwaan anak guamnya itu kerana belum mendapat sebarang arahan daripada mereka.

"Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya," katanya

Noorazmir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hidayah yang tidak bersetuju jika pihak Ali mahu membuat pembayaran ganti rugi RM60,000 itu secara ansuran.

image is not available

Hidayah juga mendakwa dia tidak ada menerima surat berkaitan permohonan bayaran secara ansuran daripada pihak Ali dan peguamnya.

Namun, menurut Noorazmir, isu bayaran secara ansuran itu tidak timbul lagi memandangkan pihak Hidayah tidak bersetuju jika Ali mahu berbuat demikian.

"Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu. Mungkin Hidayah boleh mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini," katanya.