Belum Tetapkan Tarikh, Fazley Yaakob & DSV Rancang Disatukan Tahun Depan

11 Nov 2026 • 12:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Belum Tetapkan Tarikh, Fazley Yaakob & DSV Rancang Disatukan Tahun Depan

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengakui terkejut selepas pasangannya, Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan untuk melamarnya di pentas  1.11 Mega Stock Live Concert.Menurut DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman lamaran daripada Fazley itu ibarat satu doanya yang telah dijawab oleh Allah Swt.“Ya, sebenarnya apabila kita bersyukur, Tuhan anugerahkan kelebihan-kelebihan yang mungkin berbeza dengan orang lain. Tetapi saya rasa kekurangan saya adalah apabila beribadah.“Kalau orang lain di Mekah, isteri berdoa dan suami mengaminkan. Saya pula ada banyak perkara besar yang ingin diminta. Sebab kita dengan Tuhan ini, kita kena minta perkara yang ultimate, jangan minta benda kecil. Minta yang besar-besar.“Doa itu tidak perlu bayar. Tetapi semuanya bergantung kepada apa yang kita inginkan dalam hati. Jadi, saya selalu buat begitu dan banyak pintu rezeki terbuka ketika kita tidak sangka.“Rezeki luar biasa dan pintu kebahagiaan ini saya rasa adalah untuk saya, anak-anak serta memberi saya peluang untuk beribadah,” katanya kepada Gempak.Pada masa sama, DSV juga melihat usaha Fazley melamarnya dengan kejutan dron itu ibarat lamaran di awangan."Saya tengok tadi. Macam ini adalah buat should I say lamaran dari langit, atau lamaran di langit," ujarnya.Dalam perkembangan sama, cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob memaklumkan mereka masih dalam peringkat perbincangan dan merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan tersebut.Menurut Fazley, mereka juga berhasrat untuk mengikut adat Melayu dengan mengadakan majlis merisik, bertunang sebelum disusuli pernikahan.“Belum, masih berbincang dan kita masih merancang.“Kita ikut adat, memang ada merisik, bertunang kemudian nikah. Insya-Allah tahun depan supaya saya dapat membuat persiapan dengan lebih rapi,” kongsi Fazley.Terdahulu, Fazley mencuri tumpuan apabila melamar Vida ketika membuat kemunculan di 11.11 Mega Stock Live Concert.Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran Vida memakai mahkota atau crown.Rekaan berkenaan merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus buat Vida, sekali gus menjadi simbolik kepada keistimewaan wanita itu di mata Fazley.Difahamkan, kejutan romantis berkenaan menelan belanja sebanyak RM500,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved