Benam Borussia Dortmund 2-0, Real Madrid Ungguli Liga Juara-Juara

Football
2 Jun 2024 • 12:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dani Carvajal bersama trofi kemenangan - Gambar X

MADRID - Real Madrid membuktikan mereka bukan tandingan apabila mengungguli Liga Juara-Juara buat kali ke-15 selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0.

Los Biancos bagaimanapun berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum meledakkan dua gol menerusi Dani Carvajal dan Vinicus Junior dalam perlawanan di Stadium Wembley itu.

Gol pertama disumbangkan Carvajal yang mengambil sepakan hasil tendangan sudut Toni Kross pada minit ke-74, diikuti jaringan Vinicus untuk memastikan rekod kejuaraan kekal dalam genggaman gergasi La Liga Sepanyol itu. 

“Mereka mendahului kami tetapi pada separuh masa kedua, kami mula bermain lebih baik. 

“Pasukan ini memang sangat memuaskan hati saya kerana kami tidak selalunya berhasil memberikan persembahan cemerlang, tapi kami tidak pernah berputus asa,” kata jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Carvajal, Kroos, Nacho dan Luka Modric kini sebaris dengan legenda Real Madrid, Paco Gento sebagai satu-satunya pemain yang pernah enam kali memenangi Piala Eropah.

Susulan kemenangan itu, Ancelotti melebarkan lagi rekod sebagai jurulatih paling berjaya dengan meraih lima kemenangan. - Getaran, 2 Jun 2024