Rangkul Kejuaraan Kali Ke-15, Real Madrid Lebar Sayap Raja Bola Sepak Eropah

Football
2 Jun 2024 • 9:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rangkul Kejuaraan Kali Ke-15, Real Madrid Lebar Sayap Raja Bola Sepak Eropah

Pasukan gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid, berjaya merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ke-15 setelah menewaskan kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley pada Ahad.

Real Madrid yang hadir dengan reputasi pilihan berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol yang dijaringkan pada penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal (m-74) diikuti Vinicius Junior (m-83) memisahkan kedua-dua pasukan.

Di bawah kendalian Carlo Ancelotti, Los Blancos tampil ke final dengan status pasukan pilihan terakhir memenangi kejuaraan tertinggi kelab Eropah itu pada musim 2021/22, setelah menewaskan Liverpool 1-0 di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Perancis.

Real Madrid mara ke final selepas menyingkirkan penyandang juara, Manchester City, menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 4-4 di suku akhir sebelum mereka mengesahkan slot final dengan kemenangan 4-3 ke atas jagoan Bundesliga Jerman, Bayern Munich.

Di pihak lawan, Die Borussen dikuasakan Edin Terzic pula mengintai kejuaraan kedua selepas kejuaraan pertama mereka yang diraih pada musim 1996/97 setelah menewaskan gergasi Serie A, Juventus, 3-1 dalam perlawanan akhir di Olympiastadion, Munich, Jerman.

Borussia Dortmund mara ke perlawanan akhir tahun ini dengan menewaskan Atletico Madrid 5-4 di suku akhir dan Paris Saint-Germain (PSG) 2-0 di separuh akhir.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved