Benar PTI dalam premis: Dua didenda 

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang wanita dan seorang lelaki didenda sejumlah RM10,000 atau penjara enam bulan setiap seorang kerana membenarkan dua pendatang tanpa izin (PTI) berada di dalam premis di bawah kawalan mereka.

Allan Chang Soon Fah, 62, dan Hong Moi Fong, 60, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, atas pertuduhan yang dihadapi mereka.

Mereka didapati membenarkan dua warga Filipina berusia 24 dan 45 tahun itu yang tidak memiliki sebarang dokumen sah jam 12.49 tengah hari pada 20 Mac tahun ini di Kafe Kopi Ping di Jalan Gaya, di sini.

Pertuduhan menyatakan kedua-dua mereka adalah orang yang mengawal premis itu. Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka membayar RM5,000 bagi setiap PTI terlibat.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Sementara itu, Chang didenda lagi RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana turut membenarkan seorang pendatang tanpa izin Filipina berusia 25 tahun.

Kesalahan itu berlaku pada 9.25 malam pada 22 Apr tahun ini di Kafe Kopi Ping di Sutera Avenue, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terlibat.

Pegawai Pendakwa Sopian Karate dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan manakala Chang dan Hong tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.