
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 41 tahun didenda sebanyak RM20,000 atau 60 hari penjara kerana membenarkan empat pendatang tanpa izin tinggal di dalam premis di bawah jagaanya.
Kamal Hazman Abu Bakar mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Noor Hafizah Mohd Salim, atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Dia didapati membenarkan empat warga Filipina itu, berusia antara 31 dan 60 tahun, yang tidak mempunyai dokumen sah pukul 9.40 pagi pada 27 September 2022 di kawasan Kuarters Intergrasi, Hospital Ranau.
Pertuduhan menyatakan Kamal sebagai Pengarah Hasrat Mahir Sdn Bhd, adalah individu yang mengawal tapak itu.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Mahkamah memerintahkan Kamal membayar RM5,000 untuk setiap pendatang tanpa izin terlibat.
Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terlibat.
Mahkamah diberitahu syarikat milik Kamal itu dilantik oleh kontraktor utama projek untuk menjalankan kerja-kerja di tapak pembinaan hospital berkenaan.
Siasatan mendapati dia membenarkan pendatang tanpa izin itu berada di kawasan tersebut yang di bawah kawalannya.
Pegawai Pendakwa Sopian Karate dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

