
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 28 tahun diperintah membayar denda berjumlah RM15,000 kerana membenarkan tiga pendatang tanpa izin (PTI) tinggal di sebuah premis di bawah kawalannya.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Liew Chun Chieh yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.
Mahkamah mendenda Liew RM5,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.
Tertuduh telah membenarkan tiga warga Filipina berusia antara 28 dan 32 tahun, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, untuk tinggal di Restoran New Kyun Lok di Jalan Gumbilai, Tamparuli pada 26 Mac tahun ini pada 11.30 pagi.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.
Semasa mitigasi, Liew yang tidak diwakili memohon hukuman ringan.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Azizah S Ahmad dari Jabatan Imigresen, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
Liew membayar denda itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
