Setiap kali isu rasuah timbul, kita sering disajikan dengan retorik politik, tuduhan meluru, dan akhirnya… kes senyap begitu sahaja. Hakikatnya, kerugian akibat rasuah dibayar oleh rakyat biasa. Sebab itulah Projek SAMA dan Cilisos melancarkan Pertandingan Video Media Sosial #TolakRasuahTahuMalu!
Kami mahu memperkasakan pencipta kandungan dan rakyat Malaysia untuk menyuarakan isu akauntabiliti secara matang, objektif, dan berimpak melalui pangkalan data Prosecutorial Accountability Watch (PAW).
Bagaimana Sertai Pertandingan Ini?
Hasilkan video pendek Bahasa Melayu yang menonjolkan kesan dan kerugian rasuah terhadap kehidupan rakyat biasa, dengan menyelitkan fakta atau data kes daripada pangkalan data PAW. Kumpulkan capaian (views atau shares) untuk menebus hadiah wang tunai!

Ganjaran Wang Tunai (Penebusan Pantas): Tebus 6 hadiah wang tunai (2x RM1,000, 2x RM500 dan 2x RM200) berdasarkan jumlah Shares atau Views video korang! (Rujuk poster untuk butiran metrik penuh & terma penebusan).
Syarat Penyertaan Utama
(Sila rujuk Garis Panduan & FAQ Penuh untuk semua terma):
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Wajib guna data tepat dari pangkalan data PAW dalam video.
- Wajib letak pandangan peribadi (pandangan milik sendiri, bukan Projek SAMA/Cilisos) dan hashtag #TolakRasuahTahuMalu dalam post caption
- Tidak partisan dan tidak sentuh isu 3R
- Video yang dimuatnaik pada atau selepas 5 Oktober 2026 sahaja
- 1 video di 1 platform hanya layak menebus 1 hadiah melalui 1 metrik sahaja
Penyertaan & tebusan hadiah diproses secara berterusan sehingga hadiah habis ditebus. Siapa cepat, dia dapat!
Sedia Untuk Bersuara?
Semak pangkalan data PAW, baca Garis Panduan & FAQ penuh, dan hantar pautan video korang di borang rasmi di sini: https://linktr.ee/projeksama.malaysia
Ayuh buktikan rakyat Malaysia #TolakRasuahTahuMalu!

