“Dia Memang Berjiwa ‘True’ Kapitalis” – Dituduh Berniaga Hanya Cari Untung, Khairul Aming Luah Rasa Kesal

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 2:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa sedih selepas dirinya dilemparkan tuduhan sebagai seorang kapitalis susulan projek terbaharunya.

Tanggapan tersebut timbul apabila seorang pengguna di Threads mendakwa perkembangan perniagaan Khairul Aming kini semakin menuju kepada model perniagaan kapitalis sepenuhnya.

Advertisement

“You know KA dah beralih ke game full-on capitalist when this kind of project now diketengahkan,” tulis pengguna berkenaan.

Pengguna itu turut menyarankan agar Khairul Aming memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan kedua restoran Rembayung berbanding menjalinkan kerjasama dengan pihak yang disifatkannya sebagai golongan kaya.

a

 

Pandangan tersebut turut mendapat sokongan daripada pengguna lain yang mendakwa Khairul Aming sememangnya mempunyai jiwa kapitalis.

Bagaimanapun, Khairul Aming kemudian memberikan respons terhadap kritikan berkenaan dan mengakui dirinya berasa terkilan apabila usaha usahawan tempatan untuk berkembang turut dipandang negatif.

“Sejujurnya sedih la camni. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena,” luahnya.

Menurutnya, beliau berharap usahawan tempatan dapat terus berkembang tanpa perlu berdepan dengan sentimen negatif setiap kali menghasilkan sesuatu yang baharu.

khairul aming

@khairulaming

Memperkenalkan “bandar” livestream pertama di Malaysia 21 top live sellers termasuk Khairulaming, Dato Alif Syukri, Dato Seri Vida, Anas, Caryn, Almiyaz dan ramai lagi akan bersiaran lansung serentak 150,000 botol Sambal Nyet Bilis akan KA keluarkan semasa livestream ni. Jemput tengok nanti ?

? original sound – Khairulaming – Khairulaming

Dalam pada itu, Khairul Aming turut menjelaskan bahawa hasil daripada perniagaan yang dijalankan bukan hanya memberi manfaat kepada dirinya, sebaliknya melibatkan pelbagai pihak dalam ekosistem perniagaan.

“Hasil perniagaan ni untuk semua. Pekerja, supplier, vendor, abg courier, customers, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat benefit,” jelas beliau.

Tambahnya, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang membangunkan perniagaan juga akan terus dikongsikan kepada orang ramai supaya dapat dimanfaatkan bersama.

Khairul Aming pada masa sama memohon maaf secara terbuka sekiranya usaha perniagaannya itu ada menyinggung atau menyakitkan hati mana-mana pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Dia Memang Berjiwa ‘True’ Kapitalis” – Dituduh Berniaga Hanya Cari Untung, Khairul Aming Luah Rasa Kesal2026-09-07 14:05:18

"Saya Buntu, Tiada Panduan, Saya Mohon Beri Saya Ruang" - Khairul Aming

The post “Dia Memang Berjiwa ‘True’ Kapitalis” – Dituduh Berniaga Hanya Cari Untung, Khairul Aming Luah Rasa Kesal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved