‘Benda Alah Ni Takda Nilai Pun’, Individu Nasihat Jangan Beli Tumblr Starbucks X Blackpink

28 Jul 2023 • 12:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kolaborasi Starbucks x Blackpink jadi bualan hangat di media sosial

‘Benda Alah Ni Takda Nilai Pun’, Individu Nasihat Jangan Beli Tumblr Starbucks X Blackpink. Bersempena musim panas, Starbucks telah melancarkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan pop sensasi Korea Selatan, Blackpink yang bakal mencetuskan pengalaman baharu buat peminat di Malaysia.

Bagaimanapun, satu hantaran telah menjadi bualan ramai apabila seorang individu berkongsi pendapat tentang kolaborasi tumblr Starbucks bersama Blackpink.

image is not available
Tumblr Blackpink. Sumber: Google

Menerusi perkongsian di laman Twitter itu, dia menasihatkan bahawa untuk tidak membeli botol air atau tumblr yang dijual oleh scalpers kerana tidak ada nilainya untuk dibeli.

“Benda alah ni takda nilai pun, buang masa je korang gaduh dengan scalpers,” tulisnya di laman Twitter.

Bahkan, perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen yang turut berbalah di ruangan komen.

Ada yang menyokong, ada yang membantah kenyataan individu tersebut

Segelintir netizen membantah kenyataan daripada individu tersebut, malah ramai yang menyokong dan bersetuju bahawa membazir membeli tumblr Starbucks x Blackpink itu.

“Korang buta-buta kena scam dengan Starbucks sebenarnya. Minum pakai cawan ni takkan jadikan kau secantik lisa ya,” ujarnya lagi yang lagi menambah ‘kepanasan’ peminat Blackpink, iaitu ‘Blinks’.

image is not available
Sumber: facebook

Dalam pada itu, individu tersebut sempat menasihatkan untuk membeli emas kerana lagi berbaloi berbanding tumblr tersebut yang berharga RM899, dijual oleh sclapers.

image is not available
Sumber: twitter

Baca juga artikel yang berkaitan: