“Benda apa tu?” – Fenomena Aneh, Awan Jatuh Buat Orang Ramai Bingung

Entertainment
17 Nov 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang pernah naik kapal terbang, mesti korang ada rasa macam nak sentuh awan. Iyelah nampak dari jauh berkepul-kepul dan gebu je, geram macam nak pegang je kan.

Mungkin korang boleh pegang awan lepas ni kalau awan tu jatuh ke bumi. Tapi tak pastilah awan betul ke apa.

Korang tengok lah video ‘awan’ jatuh yang dikongsikan oleh @update11111 di bawah.

 

Benda apa tu?

Rata-rata netizen bingung dengan fenomena awan terjatuh ni. Ramai yang mempersoalkan dari mana ia datang dan tak kurang juga menyangkal objek itu adalah awan seperti yang kita lihat di langit.

image is not availableKalau cerita Dragon Ball tu betul, mungkin boleh percaya. Sayangnya Goku tu dalam dunia anime sahaja.

image is not availableAgak lah, nampak macam buih yang besar. Mungkin sebab warna putih, itu yang orang nampak macam awan kan.

image is not availableKalau betul buih yang boleh dibentuk maknanya bukan awan lah. Kalau fikir logik pun, mana mungkin awan jatuh ke bumi melainkan dengan hujan kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.