“Benda Dah Salah Orang Mula Tokok Tambah Cerita” – Gagal Bayar KWSP Pekerja, Shuib Nafi Hidup Mewah

14 Nov 2023 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, minggu lalu kecoh berkenaan isu pelawak yang merupakan pengasas Bubble Bee iaitu Shuib Sepahtu gagal membayar caruman KWSP pekerja.

Hal itu tidak dinafikan oleh tuan punya badan kerana ia berpunca daripada pihak pengurusan sebelum ini.

Ketika isu ini tular, ramai yang membuat andaian serta melemparkan tohmahan yang mengatakan Shuib jalani kehidupan mewah tetapi mengabaikan kebajikan pekerja sendiri.

Tidak mendiamkan diri, sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi, penyampai radio itu menafikan segala tuduhan dan menegaskan bahawa dirinya hanya menjalani kehidupan yang normal iaitu bekerja dan bersukan.

Saya tak faham bila kata saya berhibur dan bermewah. Benda dah salah orang mula nak tokok tambah cerita.

Kata Shuib lagi, dia mula mengambil alih hal yang berkaitan pengurusan termasuk di bahagian kewangan sejak November 2022 selepas berlakunya masalah dalam pengurusan sebelum itu.

image is not available 4 days ago

Shuib Akui 'Sangkut' Bayar KWSP Pekerja Bubblebee, Kewangan Disalah Urus