Shuib Ubi Nafi Hidup Mewah, Hanya Pergi Kerja Dan Main Golf

14 Nov 2023 • 12:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelawak, Shuib Ubi hidup bermewah-mewah tapi KWSP pekerja di Bubblebee tak bayar. Itulah isu panas yang sudahpun dijawab Shuib di Instagram selepas kecoh di media sosial sebelum ini.

Bagaimanapun, Shuib masih menerima tohmahan dalam kalangan netizen hanya kerana dia sering berkongsi gaya hidup mewah.

Ditanya soal itu oleh pihak Melodi, Shuib menafikan dirinya hidup mewah dan hanya menjalani kehidupan normal seperti orang biasa dengan pergi bekerja dan bermain golf.

image is not available

Saya tengah faham juga, saya enjoy apa ye. Kalau yang betul rapat, tahu kehidupan saya. Saya pergi tempat kerja, kalau ada buat aktiviti luar adalah bersukan. Saya main golf.

Saya tak faham timbul bila kata saya berhibur dan bermewah. Itu saya pelik. Kalau tengok kehidupan saya, tak ada pun.

Dalam pada itu, Shuib turut menjelaskan apa yang dikongsikannya di Instagram kadang-kadang adalah untuk shooting dan review sahaja.

Kredit: melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.