“Benda macam ni guna common sense” – Bekas Wartawan Ulas Isu Etika Berpakaian Ke Istiadat Pengebumian

Entertainment
16 Apr 2025 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir memuat naik satu hantaran berkongsi pengalamannya ketika dia aktif dalam bidang kewartawanan.

Katanya, dia sentiasa bersedia dengan baju Melayu lengkap beserta songkok dan tali leher kerana sebagai wartawan jenayah, mereka perlu melakukan liputan jika ada pembesar atau pemimpin negara meninggal dunia.

Menurut Syahril, dia menyimpan semua kelengkapan itu dalam box motor atau bawah seat kerana ada kalanya tidak sempat untuk pulang ke rumah menukar pakaian ketika sedang bekerja.

Since kadang-kadang ada dress code yang kami kena ikut atau patuh, so senanglah nak tukar.

“Nak balik rumah memang tak sempat sebab sedang bertugas. Pergi toilet terus salin je. Yang penting warna hitam,” katanya di Facebook.

image is not available

Tegasnya, pemakaian yang menutup aurat adalah perkara yang bagus namun jika mengikut peraturan berpakaian di majlis rasmi, ia lebih menunjukkan profesionalisme dan rasa hormat.

“Benda macam ni tak perlu ajar, guna common sense je.”

Terdahulu, penampilan seorang penyampai radio ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Badawi di Masjid Negara telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dalam video itu, penyampai radio terbabit dilihat hanya memakai t-shirt berwarna hitam dan topi berwarna biru serta berseluar jean.

Rata-rata netizen berpendapat penyampai radio terbabit seolah-olah ‘tidak menghormati’ majlis kerana tidak mengikuti etika berpakaian ketika menghadiri Istiadat Pengebumian bekas Perdana Menteri itu.

Pun begitu, ada juga netizen yang merasakan pemakaian sebegitu sudah cukup baik kerana dia tidak mendedahkan aurat.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.