“Benda ni macam main chess” – Puteri Sarah Beri Tips Buat Dr Afifah Untuk ‘Berlawan’

LocalFamily & Parenting
31 Dec 2025 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Rasanya tak perlu nak diceritakan mengenai kemelut dan ‘perang dingin’ antara Nubhan dan bekas isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek ini. Bermacam-macam jenis dakwaan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak dan pastinya ia menjadi tumpuan orang ramai berkenaan dengan kes ini termasuklah pelakon Puteri Sarah.

Seperti yang kita sedia maklum, kes kemelut rumah tangga pelakon tersebut pernah menjadi bualan hangat pada beberapa tahun lepas, jadi ia membuatkan aktres itu terpanggil untuk memberikan sedikit nasihat buat Dr Afifah memandangkan mereka berkongsi peguam yang sama.

Kawal emosi – Puteri Sarah

Menerusi Thread, Dr Afifah ada mendedahkan bahawa pemberian kereta, rumah dan klinik yang pernah menjadi tumpuan netizen sebelum ini hanyalah sekadar content semata-mata. Disebabkan itu, Puteri Sarah tampil di ruangan komen menasihati agar kawal emosi dan bertindak dengan bijak.

image is not available

Dr Afifah akui bahawa dia mengambil peguam yang sama dengan Puteri Sarah sewaktu kes penceraiannya dengan Syamsul Yusof dahulu. Jelasnya, dia memilih peguam tersebut adalah kerana terinspirasi ketika Puteri Sarah sedang memperjuangkan haknya dahulu. Setelah ambil maklum dengan nasihat dan tips daripada aktres tersebut, Dr Afifah akan cuba bertenang sebaik mungkin.

Oleh itu, Puteri Sarah meminta agar Dr Afifah boleh bekerja dengan peguamnya dengan lebih dekat lagi dan kongsikan tips yang dia pernah lakukan dahulu iaitu memikirkan apa-apa kebarangkalian yang akan berlaku,

“Awak kena tahu awak lawan siapa. Benda ni macam main chess. Awak kena tahu langka seterusnya  apa TANPA lawan awak tahu.” 

image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.