“Benda Ni Pun Jadi Isu?” – TMJ Respon Isu Kasut Mahal MB Johor, Suruh Pakai Selipar Saja

12 Jul 2022 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan sebuah akhbar yang mendakwa beliau ada membeli sepasang kasut bernilai lebih RM40,000.

Onn Ghazi kemudian membuat kenyataan balas di Twitter dan memaklumkan bahawa kasut berkenaan adalah kurniaan Tuanku Sultan Johor, Tunku Ismail.

image is not available

Sumber : Twitter  

Kata beliau, kasut berkenaan adalah sebagai motivasi agar sentiasa terus bekerja keras untuk rakyat dan ia juga diberikan kepada barisan exco kerajaan dan pegawai kerajaan negeri.

Tidak lama selepas itu, Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ ada membuat ciapan balas di mana Tuanku menzahirkan perasaan hairan dengan perkara berkenaan yang dijadikan isu.

Malah, TMJ turut mencadangkan agar Datuk Onn memakai selipar sahaja ketika bertugas.

Tuanku juga menasihatkan agar Menteri Besar Johor itu untuk menjalankan tugas dan menghiraukan saja kritikan tidak berasas seperti itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan respon yang pelbagai mengenai isu itu memandangkan rakyat kini terbeban dengan masalah ekonomi dan kenaikan harga barang yang melampau.

Ada juga yang mengaitkan larangan pemberian hadiah atau kurniaan kepada mana-mana pekerja kerajaan seperti yang pernah diwartakan sebelum ini.

Memang la jadi isu. Rm40k digunakan sebagai hadiah. 40k tu kalau belanja untuk kemudahan rakyat, banyak perbezaannya tu. – netizen

image is not available 3 bulan lalu

"Saya Akan Menawarkan Khidmat Peguam Secara Percuma" - Mahukan Keadilan, Giliran TMJ Bersuara