“Lepas Ni Dato Pakai Selipar Saja” – TMJ Komen Isu Kasut RM37K MB Johor

12 Jul 2022 • 1:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Beberapa hari yang lalu tular mengenai isu kasut yang dipakai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Dato’ Ghazi yang dikatakan mencecah hampir RM40,000 sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen.

Walaubagaimanapun, Datuk Onn Hafiz tampil memaklumkan bahawa kasut yang dipakainya itu merupakan kurniaan Sultan Johor, Sultan Ismalil Almarhum Sultan Iskandar menerusi Twitternya.

TMJ bersuara

Perkara ini juga mendapat respon pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail yang membuat ciapan menerusi akaun Twitternya.

Menerusi ciapan yang dibuatnya, TMJ hairan selepas isu kasut mewah dipakai Menteri Besar Johor itu menjadi topik bualan dalam kalangan netizen.

Dia turut menasihati Datuk Onn Hafiz untuk mengabaikan isu yang ditimbulkan, sebaliknya fokus terhadap tugas dalam mentadbir negeri Johor.

Benda macam ni pun jadi issue? Dato saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar aja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato & beberapa pegawai kerajaan.

Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yg penting buat kerja.

Tapi apa yang menjadi bualan dan isu bukanlah mengenai kasut yang dipakai itu Tuanku, tetapi harga yang mencecah hampir RM40,000.

Kredit: Twitter HRHJohor II | Twitter onnhafiz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media