Bendera SEAGF Diserahkan Kepada Malaysia Sempena Sukan SEA 2027

20 Dec 2025 • 11:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bendera SEAGF Diserahkan Kepada Malaysia Sempena Sukan SEA 2027

Bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara rasmi diserahkan kepada Malaysia sebagai negara tuan rumah pada 2027 sewaktu Majlis Penutupan Sukan SEA ke-33 Thailand 2025 sebentar tadi.

Dalam majlis itu, seramai 80 orang menyertai perarakan atlet kontinjen negara yang diketuai oleh Chef De Mission (CDM), Nurul Huda Abdullah, di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, bersama Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, bertanggungjawab menerima mandat daripada wakil Thailand menjelang penganjuran temasya dwitahunan itu pada 2027.

Selain itu, Lagu NegaraKu turut berkumandang dan pertunjukkan Ritma Harmoni menampilkan 60 penari daripada pelbagai etnik.

Antara artis tempatan yang turut mewarnai majlis itu seperti Mimi Fly, Amir Jahari dan Marsha Milan.

Malaysia 2027! Jumpa anda di Kuala Lumpur (KL), Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

https://web.facebook.com/Olympic.Council.Malaysia/posts/1301802191984945?ref=embed_post

Sumber: Stadium Astro

The post Bendera SEAGF Diserahkan Kepada Malaysia Sempena Sukan SEA 2027 appeared first on Siakap Keli.