Bengang Ditegur Kerana Cuba Buli Rakan, Bekas Guru Dedah Kes Murid Tahun 1 Panggil Cikgu B*bi

Entertainment
20 Aug 2025 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti sedih hati seorang guru apabila diherdik oleh anak muridnya sendiri, kan?

Semalam, pempengaruh dan juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh mendedahkan satu kes melibatkan seorang guru dan murid Tahun 1 yang didakwa telah memanggil guru berkenaan ‘babi’.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, guru berkenaan telah meluahkan rasa sedihnya di laman Threads mengatakan bahawa seorang murid telah memanggilnya ‘cikgu babi’.

Kejadian itu berlaku selepas dia menegur murid tersebut yang dikatakan cuba membuli tiga murid lain dengan cara sengaja menolak dan memijak mereka sehingga terjatuh.

image is not available

Bila aku kata nak report ibu dia dan cikgu disiplin, murid tersebut kata, “Cikgu, pukullah saya. Tak apa, ibu saya suruh pukul je kalau saya buat salah.” Aku? Aku masih waras okay,” katanya.

Walau bagaimanapun, tidak pula guru itu menyangka murid berkenaan dikatakan telah memfitnahnya dengan mengatakan dia telah mencakar murid berkenaan.

Tapi aku kecewa. Bila nak balik sekolah tadi, ibu murid Whatsapp gambar anak dia tanya, Cikgu *** cakar ke? Fitnah apakah ini?” tulisnya.

image is not available

Perkongsian Mohd Fadli berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang sedih dengan situasi budak zaman sekarang yang dianggap kurang beradab dengan guru.

image is not available

Sumber: Facebook

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.