Bengang Habiskan Duit Untuk Berjudi Sampai Tak Bayar Nafkah Anak, Isteri Nekad B*kar Suami

Entertainment
11 Jun 2024 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Amarah seorang isteri memang tak boleh dibuat main, lebih menakutkan jika berlaku kejadian tak diingini seperti yang terjadi di negara seberang ini.

Menurut Detik Jatim, seorang wanita yang juga anggota polis dilaporkan sanggup membakar suaminya di kediaman mereka dekat Kompleks Asrama Polis Polres Mojokerto pada Sabtu lalu.

Difahamkan kejadian ini berlaku kerana konflik rumah tangga yang dihadapi mereka, yang mana si isteri bengang dengan tindakan suaminya yang suka bermain judi dalam talian.

image is not available

Wang gaji lelaki berkenaan juga dikatakan habis sehingga tak mampu memberikan wang biaya kepada tiga anak mereka.

Suami meninggal dunia akibat melecur teruk

Susulan kejadian tersebut, suami wanita itu yang juga anggota polis dikenali sebagai Briptu RDW, 28, sempat dikejarkan ke hospital Kota Mojokerto, namun dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kesan melecur yang teruk.

Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKBP Daniesl S Marunduri, siasatan menyeluruh kini sedang dijalankan dan wanita tersebut kini telah ditahan polis serta mengalami trauma yang teruk akibat perbuatannya.

image is not available

Ya, isterinya juga bertugas sebagai polis, kini penyiasat kami sedang menyelidik punca sebenar kejadian dan kronologi insiden itu secara teliti,” katanya lapor media tempatan.

Menurut laporan terkini, difahamkan pelaku telah menyimbah minyak gas ke muka dan badan mangsa. Disebabkan terdapat sumber api yang terpercik, ia kemungkinan telah menyebabkan kebakaran.

Selepas api padam, suspek dikatakan telah membawa suaminya ke hospital dan si isteri juga katanya sempat meminta maaf kepada suaminya atas apa yang berlaku.

Jasad mangsa dilaporkan telah dikebumikan di kampung halamannya dekat Jombang dan ia dilaksanakan oleh Polres Jombang.

image is not available

Seram baca kisah-kisah macam ni. Harap ia tidak lagi berulang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.