Bengang Kena Beraya Seorang Diri, Suami Rempuh Kereta Isteri Yang Juga Dinaiki Anak-anak

Entertainment
21 Jun 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bengang ditinggalkan bersendirian ketika sambutan Aidiladha, seorang lelaki tekad bertindak agresif dengan merempuh kenderaan dipandu isterinya yang dinaiki bersama anak-anak mereka.

Kejadian tersebut berlaku di Bogor, Indonesia, pelaku dikatakan sakit hati apabila mengetahui isterinya pulang ke Sukabumi untuk meraikan Aidiladha bersama keluarganya.

Disebabkan itu, suspek menghubungi isterinya dan memaksa mereka pulang segera pada malam raya tersebut. Pada mulanya, si isteri enggan kembali tetapi selepas diugut suaminya dia terpaksa akur.

Bagaimanapun, suspek dikatakan sudah berada di sekitar rumah keluarga isterinya itu sebelum berlaku aksi kejar mengejar antara kereta mereka.

image is not available

Sumber melaporkan isterinya itu cuba menuju ke balai polis untuk meminta bantuan pihak berkuasa namun ketika dia mahu membelok, keretanya telah dirempuh oleh suaminya itu. Ia sekaligus menyebabkan beberapa gerai berdekatan kawasan kejadian turut dirempuh.

Suspek ditahan polis dan siasatan mendapati bahawa suspek yang dikenali sebagai EY itu di bawah pengaruh alkohol saat dia bertindak di luar kawalan seperti itu. Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan bahawa dia curiga jika isterinya itu curang terhadapnya.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.