Bengang Tak Dibelikan Kereta, Suami T*mpar & S*ret Isteri Ke Jalan Raya

WorldCars
26 Oct 2026 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft suami isteri

Seorang lelaki di Ludhiana, Punjab, India, dipercayai bertindak ganas terhadap isterinya selepas berang apabila permintaannya untuk mendapatkan kereta dan motosikal selepas berkahwin tidak dipenuhi.

Memetik laporan NDTV, kejadian yang berlaku pada Rabu lalu itu melibatkan mangsa dikenali sebagai Twinkle dan suaminya, Ritish Sharma.

Ketika pertengkaran semakin memuncak, Twinkle cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke rumah jiran. Namun, suaminya bertindak mengejar sebelum menampar, menarik rambut dan menyerangnya sehingga wanita itu diseret ke jalan raya.

Kejadian berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan Ritish menyerang isterinya di luar rumah mereka.

Jeritan Twinkle mengundang perhatian jiran-jiran yang segera keluar untuk membantu menyelamatkannya.

Screenshot 2026 10 26 124150

Susulan kejadian itu, Twinkle membuat laporan polis dan menyerahkan rakaman CCTV berkenaan kepada pihak berkuasa sebagai bukti untuk membantu siasatan.

Menurut laporan, Ritish yang bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan berkahwin dengan Twinkle, seorang pengusaha salun, pada November tahun lalu.

Perkahwinan itu merupakan yang pertama buat Ritish, manakala Twinkle pernah berkahwin sebelum ini. Mereka mula berkenalan kira-kira dua tahun lalu ketika Twinkle masih melalui proses perceraian, sebelum hubungan persahabatan mereka berkembang menjadi cinta.

Bagaimanapun, kehidupan rumah tangga pasangan itu didakwa mula dilanda masalah apabila Ritish meminta sebuah kereta Mahindra Thar kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin.

Permintaan tersebut dikatakan mencetuskan pertengkaran hampir setiap hari. Ritish kemudiannya turut meminta sebuah motosikal, sekali gus menambah ketegangan dalam hubungan mereka.

Setakat laporan berkenaan diterbitkan, pihak berkuasa dilaporkan sedang mengambil tindakan susulan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Twinkle.

Sumber : NDTV

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved