Bengang Tengok Kereta Parking Sampai 2 Petak, Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin

Entertainment
26 Aug 2022 • 6:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemuda bertindak agresif di sebuah kawasan parkir kerana berang dengan sebuah kenderaan.

Menerusi video yang tular di media sosial, mStar Online melaporkan kejadian itu berlaku di Bandar Baru Sentul, KL.

Dalam video tersebut dilihat lelaki itu cuba memecahkan cermin kereta Proton Saga FLX dengan melemparkan pelbagai objek berkali-kali di bahagian pemandu dan penumpang. Malah, dia juga cuba untuk mencabut kedua-dua wiper.

Parking Lot

Location: Bandar Baru SentulWhen Kopi O license park for 2 lot…image is not available

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Thursday, August 25, 2022

Cermin hadapan juga turut cuba dipecahkan sehingga menampakkan kesan retak yang besar. Jika dilihat keadaan kereta tersebut, dilihat seperti pemuda berkenaan berang kerana kereta itu letak di tengah garisan antara dua kotak parking.

Jika dilihat, ianya seperti berlaku di sebuah kawasan perumahan flat, mungkin ia telah mengganggu pemandu lain.

Malah kedengaran suara dari video itu apabila ada wanita sangka bahawa mungkin pelaku bengang sebab kereta itu parking senget.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam pemilik kereta tersebut kerana parking kedudukan sebegitu, malah ada juga yang risau dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap keterlaluan itu boleh menyebabkan dia ditangkap.

Malah ada juga yang bersimpati dengan nasib pemilik kereta itu kerana mereka masih belum temui punca yang sahih mengenai kejadian ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.