Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan

21 Jul 2023 • 11:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu ini luah kecewa kerana terpaksa menunggu lama tanpa sebab

Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan. Seorang individu baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui media sosial berkenaan pengalaman tidak menyenangkan yang dialaminya ketika menunggu giliran di salah sebuah klinik di Samarahan.

Menurut individu tersebut, dia ke klinik tersebut kerana mengalami sakit di bahagian tangannya dan memerlukan rawatan. Namun, apa yang sepatutnya menjadi tempat mendapatkan pertolongan dan rawatan, malah menjadi kekecewaan.

image is not available
Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan

Dakwa jururawat leka dengan telefon bimbitnya

Individu tersebut mendakwa bahawa dia telah menunggu untuk waktu yang lama, namun giliran beliau tidak juga dipanggil. Apabila cuba untuk bertanya kepada jururawat berkenaan kelewatan tersebut, dia terkejut apabila mendapati jururawat tersebut leka dengan telefon bimbitnya.

Geram dengan sikap jururawat tersebut, individu ini sergah sambil rakam video kedua-dua jururawat tersebut. Individu tersebut merasa kecewa dengan sikap jururawat yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional.

image is not available

Kurang Menghargai Masa dan Keadaan Pesakit

Menurutnya, walaupun dia tidak biasa datang ke klinik dan tidak tahu selok-belok prosedur di klinik, namun sebagai petugas kesihatan, jururawat tersebut sepatutnya memberikan layanan yang baik dan menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh pesakit.

Dia menambah, “Banyak orang datang ke klinik bukan untuk bermain-main, mereka datang kerana sakit dan memerlukan ubat.” Dia merasa bahawa sikap jururawat tersebut tidak sahaja menunjukkan kurangnya rasa tanggungjawab, tetapi juga kurang menghargai masa dan keadaan pesakit yang memerlukan rawatan.

Kongsian individu tersebut telah raih lebih 1K kongsian dan 166K kali tontonan di laman Facebook.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: