
Netizen tampil dedah sikap individu atas dakwaan ke atas jururawat di Samarahan
Susulan Tular Isu Jururawat Leka Di Klinik Di Samarahan, Netizen Dedah Sikap Individu Ini. Isu jururawat yang didakwa leka main telefon di salah satu Klinik Kesihatan di Samarahan telah menjadi tular di media sosial.
Isu ini telah menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan masyarakat dan telah menimbulkan pelbagai reaksi.

“Aku lama lagi dari kau, kau yang leka main phone nak salahkan orang.” – netizen
Seorang netizen telah membuat pendedahan mengenai jururawat yang dikatakan leka di salah sebuah Klinik Kesihatan di Samarahan. Jururawat tersebut dituduh leka kerana asyik bermain telefon bimbit ketika sepatutnya menjalankan tugas sebagai jururawat.
Seorang netizen telah memberi komen, “penipu la kau ni, dah diberi arahan lepastu nombor giliran pun ada dua. Kau sendiri fikir jugak la. Aku lama lagi dari kau, kau yang leka main phone nak salahkan orang.”

Beberapa netizen yang berada di tempat kejadian turut tampil beri keterangan
Netizen tersebut mendedahkan lagi, “dia yang salah sebenarnya. Sebab kami ada di situ masa tu. Dia tipu, dia tak perhati pun, kalau dia perhati jururawat masa tu, mesti dia perasan nombor dia dipanggil. Sudahla tak letak slip sakit dalam bakul selepas check darah pastu nombor dia keluar pun dia tak tahu. Dia yang leka main phone. Lepastu nak marah.”
Kongsian dari lelaki tersebut telah raih perhatian ramai hingga menerima pelbagai reaksi netizen di Sarawak.




