Bengkel kenderaan di Tawau terbakar

20 Feb 2023 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Bahagian ruang mengecat sebuah bengkel kenderaan jenis separuh kekal berukuran 11, 000 kaki persegi, terbakar sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Cempaka, awal pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, kebakaran itu, tidak melibatkan keseluruhan bengkel.

Menurutnya, sepasukan 13 pegawai dan anggota, diketuai Rosliee Suyut serta tiga jentera, termasuk utiliti dikerah ke lokasi kejadian sejauh 4.5 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.44 pagi menerusi MERS.

“Pasukan kita bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan berjaya mengawal api dari terus merebak pada jam 5.15 pagi dan menamatkan operasi pada jam 5.25 pagi,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, manakala, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu, pada jam 4.07 pagi, pasukan sama menjalankan operasi di Taman Megah Jaya berhampiran bangunan Konsulat Indonesia, susulan terdapat sebuah Perodua Myvi berada di dalam parit.

Jemishin berkata, pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta tersebut, namun, didapati tiada mangsa di dalam kenderaan.

“Selepas melakukan pemeriksaan dan memastikan keadaan selamat kes diserahkan kepada pihak polis dan kita menamatkan operasi pada jam 4.40 pagi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.