Bengkel terbakar, dua kereta dan lima motosikal musnah

15 Sep 2023 • 8:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 15 SEPT: Dua kereta dan lima motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di blok projek perumahan rakyat (PPR) Kota Damansara di Petaling Jaya awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.44 pagi tadi.

Berikutan itu, jelasnya, seramai 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Damansara dan Subang Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah bengkel di blok B PPR berkenaan yang terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal jam 5.08 pagi tadi dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Punca kejadian masih dalam siasatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved