
DALAM usaha mempromosikan seni vokal dan meningkatkan kemahiran penjurian dalam kalangan peserta, Program Bengkel Vokal & Penjurian Lagu yang bertemakan skop etnik Sabahan dan antarabangsa akan diadakan pada 25 Januari 2025.
Lokasi bengkel ini terletak di Singgah Hati 88, Kota Marudu, Sabah, menawarkan satu platform yang menarik bagi penggiat seni dan peminat muzik di daerah tersebut.
AdvertisementProgram ini dikendalikan oleh Sylviana Viana Saiki, lebih dikenali sebagai Vie. Vie yang juga aktif dalam bidang seni, bukan sahaja sebagai penganjur program seni muzik tetapi juga sebagai seorang pelakon.
Dengan pengalaman yang dimilikinya, beliau berusaha untuk memberikan pengalaman yang unik dan bermanfaat kepada -semua peserta yang bakal mengambil bahagian dan mengikuti bengkel tersebut.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Vie, sekiranya tiada halangan, bengkel ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda yang juga merupakan Ketua Pergerakan Wanita GRS dan merangkap Ketua Pergerakan Wanita GRS bahagian Bandau.
Tenaga pengajar yang akan memimpin bengkel ini ialah Rhowell Rolland Raymond Pagi, Pengetua Fortissimo Music Studio dari Tuaran.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Rhowell juga merupakan guru vokal ensemble di UITM cawangan Sabah dan telah melatih ramai pelajar dalam bidang vokal dan persembahan bukan sahaja di negeri beliau sendiri tetapi juga sering mendapat undangan untuk memberikan ceramah di RTM Kuching, Sarawak.
Rhowell juga merupakan bekas semifinalist Asian Got Talent di mana Rhowell telah mendapat 3 yesses daripada penyanyi dan komposer tersohor dunia iaitu Jay Park, Anggun dan David Foster.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Para peserta akan berpeluang belajar daripada pakar yang berpengalaman ini, yang akan membimbing mereka dalam teknik vokal dan aspek penjurian lagu dengan pendekatan yang profesional dan berkualiti.
Sebagai timbalan pengarah program, Coach Keiru akan bertindak sebagai pengacara majlis sepanjang bengkel ini berlangsung.
Beliau akan memastikan bahawa program berjalan dengan lancar dan setiap sesi dapat memberikan impak positif kepada peserta.
Peranan beliau adalah penting dalam menjaga suasana yang menyeronokkan dan interaktif, serta memupuk semangat kolaborasi di kalangan peserta juga tenaga pengajar jemputan.
Bengkel ini terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penggiat seni, pelajar, warga pendidikan, dan peminat seni muzik.
Vie berharap agar lebih ramai individu akan menyertai program ini kerana ia memberikan peluang yang jarang ada untuk mendalami teknik vokal dalam bidang seni suara serta memahami proses penjurian nyanyian yang telus.
Program ini bukan sahaja menjadikan peserta lebih berpengetahuan tetapi juga memberikan mereka keyakinan untuk menunjukkan bakat mereka di pentas yang lebih besar.
Sebagai langkah lanjut, terdapat siri bengkel lanjutan yang dikenali sebagai Vocal Masterclass. Melalui program ini, peserta yang telah menghadiri bengkel awal akan berpeluang mengikuti seminar yang lebih mendalam dan intensif.
Bagi memberikan peluang sekaligus menghargai mereka, satu konsert khusus akan diadakan bagi pelajar-pelajar ini untuk menunjukkan kemahiran yang telah mereka pelajari melalui sesi bimbingan sebelumnya.
Informasi lanjut mengenai tarikh dan lokasi konsert akan diberikan kemudian oleh Vie, dan ianya dijangka menjadi satu acara meriah yang dinanti-nantikan oleh ramai terutama sekali para peserta bengkel.
Penganjur program ini, Vie, melalui kerjasama dengan Kelab Rekreasi Artis Sabah (Keras), bertekad untuk membawa perubahan positif kepada industri seni di Kota Marudu.
Vie dan pasukannya ingin memastikan bahawa program ini bukan sahaja bermanfaat secara individu tetapi juga memberi impak kepada komuniti seni secara menyeluruh.
Saya mengalu-alukan penyertaan daripada semua yang berminat dan berharap program ini dapat memperkukuhkan kedudukan Kota Marudu sebagai salah satu pusat seni yang aktif di Sabah.
Dengan pendekatan holistik dalam pembelajaran seni vokal dan penjurian, Program Bengkel Vokal & Penjurian Lagu ini diharapkan dapat memberi peluang yang berharga kepada para peserta dan mengukir langkah baru dalam karier seni mereka.
Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut dan mendaftar sebagai peserta program bengkel vokal dan penjurian tersebut bolehlah menghubungi talian secara pesanan ringkas ke nombor – 011-25110248 (Penganjur) atau 016-8361863 (Coach Keiru).




