Berang 5 Lelaki Buat Bising Uji Sistem Audio Kereta, Anak Beranak Mengamuk Bawa Pisau Pemotong Daging

13 Aug 2023 • 4:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak beranak tersebut telah ditahan polis.

Berang 5 Lelaki Buat Bising Uji Sistem Audio Kereta, Anak Beranak Mengamuk Bawa Pisau Pemotong Daging. Dilaporkan gara-gara tidak puas hati dengan tindakan sebuah kedai aksesori kenderaan yang bising kerana sedang menguji sistem audio sebuah kereta di hadapan lot t kedai tempat parkir kenderaan Jalan Bukit Assek,Sibu sekitar jam 11.30 pagi pada Sabtu.

Dua beranak tersebut mengamuk sambil membawa pisau pemotong daging dan mengugut serta menghayunkan senjata tersebut.

image is not available
Berang 5 Lelaki Buat Bising Uji Sistem Audio Kereta, Anak Beranak Mengamuk Bawa Pisau Pemotong Daging

Kedua-dua suspek telah ditahan polis

Kedua-dua suspek berusia 33 dan 69 tahun itu bagaimanapun telah ditahan pihak berkuasa sekitar jam 4 petang semalam, menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan bunyi bising sistem audio kereta yang diuji di sebuah kedai aksesori terletak berhampiran rumahnya jarak lebih kurang 10 meter.

Turut berlaku pertengkaran mulut antara suspek bersama anak lelakinya yang tiba dengan beberapa lelaki pelanggan kedai aksesori audio tersebut.

image is not available

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular sebuah video yang berdurasi 1 minit 46 saat di laman Facebook mengenai kejadian seorang lelaki mengamuk sambil memegang sebilah pisau pemotong daging.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: