Remaja Cekik, Tolak Ibu Ke Dinding Sebab Telefon Dirampas

3 Aug 2023 • 4:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di media sosial, ibu rampas telefon pintar anak, namun anak mencekik dan menendang ibu

Remaja Cekik, Tolak Ibu Ke Dinding Sebab Telefon Dirampas. Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menyerang ibunya sendiri di stesen kereta api bawah tanah, gara-gara telefon pintar dirampas oleh ibunya. Memetik sumber, kejadian itu berlaku di China.

Menurut South China Morning Post semalam melaporkan bahawa kejadian tersebut dirakam pada 18 Julai, lalu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular di media sosial.

image is not available
Sumber: kosmo

Disebabkan ketagih bermain ‘game’

Menerusi rakaman video tersebut, dipercayai remaja lelaki itu ketagih bermain permainan video. Dilihat remaja itu bersama ibu dan adik lelakinya di hadapan lif di samping bagasi mereka.

Dalam pada itu, remaja lelaki berkenaan tiba-tiba mencekik leher ibunya, bahkan menolak ibunya ke dinding.

“Ibu, ibu, ibu,” jerit adik lelakinya seperti didengari dalam video tersebut, menurut laporan.

Sementara itu, adik lelakinya cuba menghampiri untuk menyelamatkan ibunya dan cuba menarik tangan abangnya yang sedang mencekik wanita itu. Difahamkan si ibu cuba untuk melawan dan bergelut untuk menyelamatkan diri.

image is not available
Sumber: kosmo

Menendang dan menolak ibunya

Bukan itu sahaja, remaja tersebut menendang dan menolak ibunya apabila seorang pekerja stesen kereta api tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pekerja itu menarik remaja berkenaan dan menyuruhnya bertenang sebelum dia berlari mendapatkan pertolongan. Namun, pelajar itu terus menyerang ibunya.

“Berikan telefon saya semula,” kata remaja itu dengan kemarahannya sambil memegang lengan ibunya.

Pergelutan berakhir selepas polis tiba di lokasi

Si ibu terus mengeluarkan telefon anaknya dan menghempaskan ke lantai. Belum sempat ditendang kali kedua, pekerja stesen kereta api itu tiba dan menahan remaja berkenaan. Pergelutan dipercayai berakhir selepas seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian.

Baca juga artikel yang berkaitan: