
Berang Adik Makan Mi Segeranya, Pemuda Tergamak Bakar Kaki Ibu Kandung Sendiri
Seorang anak tekad membakar kaki ibunya disebabkan tindakan adiknya memakan mi segeranya bertempat di Kota Medan, Sumatera Barat pada 16 Oktober 2022.
Suspek, yang didakwa sedang dalam keadaan mabuk disebabkan pengambilan minuman keras ketika kejadian tersebut berlangsung, telah ditahan oleh pihak polis Medan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Kejadian tersebut berlaku ketika suspek pulang ke rumahnya disebabkan lapar. Kemudian, dia memasak mi segera untuk dirinya. Setelah mi segeranya masak, tertuduh telah meletakkan juadahnya di atas meja dan pergi ke luar seketika.
Ketika pulang ke rumahnya, suspek mendapati mi segeranya yang berada di atas meja makan sudah habis dimakan oleh adik kandungnya.

Seusai mengetahui perkara tersebut, dirinya menjadi sangat berang dan ibu bagi kedua-dua beradik ini cuba menenangkan situasi semula.
Dengan rasa kesal, suspek bertindak luar kawalan dengan menyiramkan bahan bakar terhadap kaki ibunya dan membakar kaki mangsa.
Suspek berjaya ditahan dan berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan kenyataan ketua kampung Tegal Sari, Suwandi pada pagi Isnin (17 Oktober), beliau mengatakan bahawa suspek menjadi naik angin terhadap ibunya dengan ibunya kerana membela tindakan adiknya yang telah memakan mi segera suspek.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Kawasan Medan, Philip Purba, telah memberi pengesahan terhadap kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, pihak mangsa masih belum membuat laporan polis untuk meminta anaknya dibebaskan sehingga kini.
Setakat ini, berdasarkan video yang berdurasi 31 saat, mangsa hanya mampu terbaring di rumah sambil menahan kesakitan ekoran kesan lecuran teruk pada kakinya.
BACA: Bawa Myvi Sendiri, Wanita Kongsi “Roadtrip” Keluarga 6H5M Ke Hatyai & Krabi, Modal Tak Sampai RM 3k
Sumber: Warta Banjar
The post Berang Adik Makan Mi Segeranya, Pemuda Tergamak Bakar Kaki Ibu Kandung Sendiri appeared first on Siakap Keli.


