Berang anak tidak pandai membaca, bapa lepaskan tembakan di sekolah

4 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Berang anak tidak pandai membaca, bapa lepaskan tembakan di sekolah

BANGKOK – Pelajar dan ibu bapa lari dalam ketakutan apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke udara di sebuah sekolah di Thailand, selepas mengadu bahawa anaknya masih tidak pandai membaca dan mengira, lapor laman berita Bangkok Post.

Polis menerima laporan sekitar pukul 3.20 petang (waktu tempatan) bahawa seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol mencetuskan gangguan di Sekolah Ban Na Di di Moo 9, baru-baru ini. 

Suspek bernama Manachai Chanthasom, 54, dilaporkan menjerit sambil membawa sepucuk pistol sebelum melepaskan tembakan ke udara di kawasan sekolah. 

Seorang pegawai polis, Kolonel Thatchaphon Chinnawong berkata, suspek melepaskan dua das tembakan tetapi tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Dia kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah trak pikap sebelum ditahan. Polis turut merampas pistol yang digunakan dalam insiden itu. 

Penyiasat diberitahu bahawa suspek tiba di sekolah untuk menjemput anaknya sebelum bertengkar dengan seorang guru. Dia tidak berpuas hati kerana anaknya masih tidak boleh membaca serta mengira. 

Selain berada di bawah pengaruh alkohol, dia mula mengamuk dan melepaskan dua das tembakan ke udara sebelum melarikan diri. 

Suspek didakwa atas kesalahan memiliki senjata api dan amunisi secara haram, membawa senjata api di tempat awam tanpa sebab yang munasabah serta memandu dalam keadaan mabuk. – AGENSI

The post Berang anak tidak pandai membaca, bapa lepaskan tembakan di sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved