Ibu bapa digesa pupuk budaya membaca, bendung ketagihan skrin

LocalFamily & Parenting
4 Nov 2026 • 8:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu bapa digesa pupuk budaya membaca, bendung ketagihan skrin

PETALING JAYA: Ibu bapa perlu membudayakan amalan membaca bersama anak-anak di rumah sebagai langkah mengelakkan generasi muda daripada terjebak dalam ketagihan penggunaan skrin.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, budaya membaca perlu diterapkan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian dan tidak hanya dianggap sebagai aktiviti mengisi masa lapang.

Katanya, usaha itu penting bagi mengelakkan anak-anak daripada terus terpengaruh dengan fenomena the scrolling generation atau generasi yang terlalu banyak menghabiskan masa menatap skrin telefon sehingga mengabaikan amalan membaca.

“Ada beberapa pendekatan praktikal yang boleh dimulakan oleh ibu bapa di rumah termasuk membaca atau berkongsi cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.

“Selain itu, ibu bapa juga boleh menyediakan pelbagai buku secara berterusan bagi menyokong pembacaan progresif mengikut perkembangan anak-anak,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Penutupan HIPMaXMalaysian Folklore Storyfest: Folktales Reimagined Grand Finale Showcase 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kurikulum baharu pendidikan turut memberi penekanan terhadap aktiviti membaca bersama yang dilaksanakan dari peringkat prasekolah hingga sekolah rendah dan menengah.

Katanya, pendekatan itu bertujuan memperkukuh budaya membaca dalam kalangan murid selain menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong perkembangan pendidikan anak-anak.

“Melalui pendedahan kepada lebih banyak buku dan bahan bacaan, anak-anak bukan sahaja dapat memperluas pengetahuan, malah berupaya membina emosi yang stabil serta membentuk identiti diri positif,” katanya. – UTUSAN

The post Ibu bapa digesa pupuk budaya membaca, bendung ketagihan skrin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved