Berang ‘Dibebel’ Gara-Gara Hisap Dadah, Suami Direman Belasah Isteri Di Kuching

30 Aug 2023 • 8:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suami penagih dadah belasah isteri kerana membebel

Berang ‘Dibebel’ Gara-Gara Hisap Dadah, Suami Direman Belasah Isteri Di Kuching. Seorang lelaki ditangkap selepas dikatakan menumbuk isterinya gara-gara ditegur mengambil dadah.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 26 tahun ditangkap semalam selepas laporan polis dibuat oleh isterinya.

image is not available
Berang ‘Dibebel’ Gara-Gara Hisap Dadah, Suami Direman Belasah Isteri Di Kuching. Kredit: Dayak Daily

Katanya, kejadian berlaku pada hari Ahad apabila suspek membawa kawannya datang ke rumah sewa mereka di Matang Jaya, di sini sekitar jam 1 petang.

“Si isteri dikatakan telah membebel kepada suspek menyebabkan kawan suspek balik.

“Ekoran daripada itu, suspek berasa marah dan terus bertindak agresif dengan menumbuk isterinya berkali-kali dengan menggunakan tangan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan semalam.

image is not available

Menurutnya, mangsa kemudian melarikan diri masuk ke dalam bilik untuk mengelak daripada terus dipukul oleh suspek.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit dan lebam pada bahagian sebelah kiri kepala dan pendarahan pada mata kiri.

image is not available

“Mangsa selepas membuat laporan polis kemudian dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya. Manakala suspek kini ditahan di Balai Polis Beratok untuk siasatan lanjut. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan /18A AKRT.

Baca lagi artikel menarik: