Berang Dicurangi, Wanita Nekad Sewa Ruangan Iklan Akhbar Guna Kad Kredit Bekas Kekasih

14 Aug 2022 • 6:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Berang Dicurangi, Wanita Nekad Sewa Ruangan Iklan Akhbar Guna Kad Kredit Bekas Kekasih

AUSTRALIA – Seorang wanita di Australia nekad mengeluarkan satu halaman penuh iklan di surat khabar hanya untuk membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang curang, lapor India Times.

Apa yang lebih menariknya ialah wanita tersebut berbuat demikian dengan menggunakan kad kredit bekas teman lelakinya.

image is not available

Pembaca surat khabar tersebut amat terkejut apabila mendapati terdapat kandungan iklan untuk satu halaman penuh yang memaparkan mesej balas dendam terhadap bekas teman lelakinya.

“Hai Steve, saya harap awak gembira dengan dia, sekarang seluruh bandar akan tahu betapa jahatnya awak penipu yang curang,” tulis iklan tersebut.

Ia bukan bahagian yang terbaik dalam iklan itu. Apa yang paling mencuit hati adalah, pada penghujung mesej tersebut di mana wanita itu telah memaklumkan bekas teman lelakinya itu bahawa dia telah membeli iklan tersebut menggunakan kad kreditnya.

“P.S. Saya membeli iklan ini menggunakan kad kredit anda,” kata mesej tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan kenyataan mereka pada hari Jumaat bahawa pihaknya telah dibanjiri dengan mesej daripada pembaca mengenai iklan yang muncul di muka surat empat akhbar tersebut.

“Kami tidak tahu siapa Steve, tetapi nampaknya dia sangat teruk,” kata akhbar itu dalam catatan di Facebook mereka.

“Kami tidak akan mendedahkan sebarang butiran mengenai wanita tersebut. Kami tidak mengecaj kad kredit berkenaan,” tambah mereka lagi.