Berang Dilabel ‘Ahli Neraka’, Isteri Caprice Dedah Wajah Lelaki Mulut Puaka – “Kalau Kau Islam Cara Cakap Bukan Macam Tu”

LocalEntertainment
21 Aug 2024 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berang dilabel sebagai ahli neraka oleh seorang pengikutnya, isteri kepada Caprice iaitu Farra Inalis bertindak menyebarkan wajah individu terbabit.

Menerusi Instagram story, Farra telah berkongsi tangkap layar foto dan komen individu terbabit yang ditulis pada hantaran terbaru dimuat naik olehnya di laman media sosial itu.

Ustaz kata, perempuan macam ni ahli neraka, laki dia pun kalau tak tegur ahli neraka juga.

image is not available

Komen itu membuatkan Farra marah dan melabel lelaki tersebut mempunyai pemikiran yang cetek dan berkata umat Islam tidak bercakap atau berdakwah dengan cara komen negatif sebegitu.

Rupa buruk tak apa jangan perangai buruk abang. Kalau kau itu Islam sangat cara bercakap bukan macam itu. Dah ada bini ingat sikit nanti kau pun ada keturunan. Kesian anak-anak kalau tahu perangai bapa macam tak ada akhlak. Memalukan.

image is not available

Farra turut berkata tindakan individu itu mengundang rasa malu terhadap isterinya sendiri. Malah turut mengajak pengikutnya untuk melaporkan akaun lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, akaun lelaki berkenaan dilihat sudah tidak ‘available’ dipercayai sudah dipadam selepas banyak report dibuat oleh warganet.

Kalau kau nak tahu mulut puaka pun boleh jadi ahli neraka tau. Sebelum nak nerakakan orang, kau pergi cermin diri dulu. Sekian.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 years ago

"Kalau Aku Tak Maafkan, Kasihan Kena Cari Aku Di Padang Mahsyar" - Farra Inalis