Farra Inalis Berang Dilabel Ahli Neraka, Dedah Wajah Lelaki Kurang Ajar Di Instagram

21 Aug 2024 • 9:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Isteri kepada Caprice, Farra Inalis, berang selepas dilabel sebagai “ahli neraka” oleh seorang pengikut di Instagram.

Farra bertindak balas dengan mendedahkan wajah individu tersebut menerusi Instagram Story miliknya.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan, pengikut tersebut meninggalkan komen berbunyi.

Ustaz kata, perempuan macam ni ahli neraka, laki dia pun kalau tak tegur ahli neraka juga.- Kata lelaki itu.

image is not available

Komen itu membuatkan Farra marah dan dia melabel lelaki itu sebagai seorang yang berfikiran cetek. Farra turut menegur cara lelaki tersebut yang disifatkannya sebagai tidak mencerminkan akhlak Islam.

Rupa buruk tak apa jangan perangai buruk abang. Kalau kau itu Islam sangat cara bercakap bukan macam itu. Dah ada bini ingat sikit nanti kau pun ada keturunan. Kesian anak-anak kalau tahu perangai bapa macam tak ada akhlak. Memalukan.

Farra juga menyatakan bahawa tindakan individu itu mengundang rasa malu kepada isterinya sendiri. Dia turut mengajak pengikutnya untuk melaporkan akaun lelaki tersebut.

Kalau kau nak tahu mulut puaka pun boleh jadi ahli neraka tau. Sebelum nak nerakakan orang, kau pergi cermin diri dulu. Sekian.- Tambah Farra.

image is not available

Ketika artikel ini ditulis, akaun lelaki berkenaan dilihat sudah tidak available, dipercayai telah dipadam selepas banyak laporan dibuat oleh warganet.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram