Berang ditegur ponteng sekolah, remaja 17 tahun toreh belakang bapa

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 10:09 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan selepas menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau gara-gara berang ditegur kerana tidak ke sekolah.

Kejadian itu berlaku di rumah mereka di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak dan dipercayai berpunca daripada pertengkaran yang tercetus sebaik sahaja mangsa menegur anaknya mengenai ponteng sekolah.

Sumber memaklumkan remaja Tingkatan Lima itu tidak berpuas hati dengan teguran tersebut sebelum bertindak agresif dan menyerang bapanya menggunakan pisau.

Baca juga:

Mangsa berusia 47 tahun mengalami luka di bahagian belakang badan serta lengan kiri dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan pada jam 6.42 petang. Suspek ditahan sejurus kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibenarkan selama tiga hari, bermula 18 November hingga esok, bagi membantu siasatan.