
LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki mengugut bapanya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Jawa, Jalan Segama, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkat, suspek dipercayai berang selepas mengetahui gitarnya dipinjamkan kepada sepupunya.
“Suspek dikatakan bertindak agresif dan mengugut bapanya yang berusia 75 tahun dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bahagian Siasatan Jenayah menjalankan Op Cantas pada jam 11 malam dan berjaya menahan suspek dan turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya.
Menurut Dzulbaharin, ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah Methamphetamine dan Amphetamine.
Suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan akan direman untuk siasatan lanjut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

