Punca lelaki tular yang menampar isterinya baru-baru ini dikatakan kerana berang dengan isterinya yang lambat keluar dari pusat beli-belah di Kota Warisan itu selepas membeli nasi ayam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, suspek yang ditahan pada Sabtu direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, suspek dipercayai tidur di dalam kereta ketika dikesan oleh pihak polis.
“Suspek dipercayai tidur dalam kereta selama menghilangkan diri ketika dikesan pihak polis.
“Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai membeli nasi ayam di dalam pusat beli-belah berkenaan. Mangsa didakwa lewat keluar mengakibatkan suspek berang sebelum bertindak menampar mangsa,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman siaran langsung di TikTok, seorang lelaki bertindak menampar isterinya di sebuah pusat beli-belah sambil memimpin anaknya.
Susulan insiden berkenaan juga, adik ipar suspek telah membuat laporan polis.
Sumber: Sinar Harian
The post Berang lambat keluar selepas beli nasi ayam, punca suami tampar isteri appeared first on The Reporter.


