Lambat Keluar Selepas Beli Nasi Ayam Punca Suami Tampar Isteri

2 Feb 2025 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.


Lambat keluar punca berang

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek yang ditahan pada Sabtu direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.


 


Menurutnya, permohonan reman itu dibenarkan Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat bermula hari ini.



"Suspek dipercayai tidur dalam kereta selama menghilangkan diri ketika dikesan pihak polis.

"Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai membeli nasi ayam di dalam pusat beli-belah berkenaan. Mangsa didakwa lewat keluar mengakibatkan suspek berang sebelum bertindak menampar mangsa," katanya.


Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah sambil memegang bungkusan plastik, sebelum seorang lelaki menghampiri dan menamparnya di khalayak ramai.



Selepas kejadian tular itu, lelaki terbabit telah membawa isteri dan anaknya tidur di Nilai, Negeri Sembilan sebelum menghantar mereka pulang.



Suami mangsa bagaimanapun keluar semula dari rumah dan tidak pulang selepas itu dipercayai takut ditahan pihak polis.



Sumber:


 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved