Berang Rakan Enggan Bayar Duit, Individu Dedah Berjaya Tagih Hutang Lepas ‘Sent’ Gambar Bomoh

25 Jul 2023 • 4:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Langsai hutang lepas rakan hantar gambar bomoh

Berang Rakan Enggan Bayar Duit, Individu Dedah Berjaya Tagih Hutang Lepas ‘Sent’ Gambar Bomoh. Gara-gara culas untuk membayar hutang sehingga makan tahun, seorang lelaki akhirnya berjaya menuntut hampir separuh wang yang dipinjamkan setelah berkongsi gambar bomoh kepada rakannya melalui aplikasi Whatsapp.

Hal berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter petang tadi dan dia mendakwa tindakan sedemikian terpaksa diambil kerana sudah tiada pilihan serta jalan lain untuk menagih hutangnya.

image is not available
Berang Rakan Enggan Bayar Duit, Individu Dedah Berjaya Tagih Hutang Lepas ‘Sent’ Gambar Bomoh. Kredit: Kosmo

Menerusi ciapan yang mengandungi isi perbualan di Whatsapp bersama rakannya, difahamkan rakannya telah meminjam wang bernilai RM9,000 sejak dua tahun lalu.

Dua tahun dah berhutang

“Salam bro! Aku harap kau langsaikan hutang, penat dah nak ingatkan. Dekat dua tahun ni kalau kau betul susah, aku tiada masalah nak halalkan tetapi hari-hari ‘update’ ubah suai kereta dan makan sedap-sedap. Kau ada nama tak tergamak aku nak busukkan.

image is not available

“Masa kau susah aku ada, bukan nak ungkit. Whatsapp kena palau dm kena palau. Dah habis baik aku minta ni dah macam mengemis duit sendiri.

“Harap bagi kerjasama. Dua tahun baru bayar RM150, baki RM8,850,” tulisnya dalam perbualan berkenaan.

image is not available

Justeru, ciapan berkenaan meraih perhatian ramai apabila rakannya dengan segera membayar hutang setelah lelaki berkenaan menghantar sekeping gambar seorang bomoh yang seolah-olah sedang melakukan mantera.

“Hantar nombor akaun, aku dapat bayar RM4,000 dulu. Baki aku bayar bulan depan boleh ke?,”tanya rakannya.

Setelah melihat perkongsian terbabit, ramai berpendapat tindakan lelaki terbabit berkesan bagi mereka yang liat membayar hutang sehingga pemberi hutang terpaksa menagih berkali-kali.

Baca lagi artikel menarik: